Thursday, June 24, 2010

Tips For Heartbroken :)

Posted by rArA at 9:06 PM


8 cara yang berkesan bagi mengatasi putus cinta..

1.cuba call teman rapat anda
  • teman rapat merupakan orang yang paling tepat untuk meluahkan perasaan . maybe mereka tidak dapat merasai apa yang sedang kita alami sekarang tetapi sekurang-kurang kita akan rasa okay selepas meluahkan perasaan . mereka akan menjadi pendengar yang setia dan mungkin boleh membantu kita .

2.makan makanan yang berkhasiat
  • selalunya bila broken heart . seseorang tersebut pasti akan mengalami berat badan susut secara mengejut atau berat badan naik secara mengejut . jadi, rara cadangkan jangan terlalu mengikut perasaan . jagalah kesihatan diri kita okayy !

3.tidur secukupnya
  • jangan abaikan masa tidur anda dengan berfikir perkara-perkara yang tidak mungkin berlaku . banyakkan berehat . minum susu sebelum tidur . itu tips sekiranya ingin tidur dengan lena . nescaya, keesokkan harinya anda pasti akan kelihatan cergas dan bersemangat .


4.luangkan masa anda dengan exercise
  • ubah penampilan anda dengan menjadi lebih cergas , segar dan menakjubkan sehingga anda merasa anda seorang yang luar biasa . mana tahu satu hari nanti bila bekas kekasih anda melihat diri anda semula . dia akan berkata, "BODOH SEKALI AKU MEMBIARKAN WANITA YANG BEGITU HEBAT LEPAS" pasti dia akan rasa menyesal . HAHA :))

5.jangan mudah berputus asa
  • masih ramai lagi jejaka-jejaka or gadis-gadis yang boleh menarik perhatian anda di luar sana. explorekan diri anda .percayalah diri anda akan menjadi lebih baik .

6.jangan pernah minta balik
  • saya pernah merasai situasi ini . semakin kita berusaha mempertahankan , semakin buruk akibatnya .


7.jangan sesekali mengubah diri anda untuk si dia
  • kalau si dia memutuskan anda semata-mata tidak berpuas hati dengan penampilan diri anda. diminta jauhkan situasi berkenaan kerana ia hanya merupakan alasan untuk menyingkirkan anda .jadilah diri anda yang sebenar .

8.cuba imej yang baru tetapi janganlah ubah diri anda yang sebenar
  • maksud saya di sini ialah cuba imej rambut yang baru , beli pakaian fashion yang baru dan lain-lain lagi yang boleh menyenangkan diri anda . dengan adanya cara ini , maka anda akan rasa diri anda lebih baik .


Selamat beramal :) HAHA :))

Raraghazali