Wednesday, July 27, 2011

All About Love ♥

Posted by rArA at 6:41 AM


Jika kamu memancing ikan..
Setelah ikan itu terlekat pada mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu..
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia ke dalam air begitu sahaja..
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisa ketajaman mata kailmu dan mungkin..
Ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup..


Begitulah juga..


Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang..
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya..
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja..
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat..
Melupakan segalanya selagi ia mengingatimu..

Jika kamu menadah air biarlah berpada..
Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh..
Cukuplah sekadar KEPERLUANmu..
Apabila sekali ia retak..tentu sukar untuk kamu menampalnya semula..
Akhirnya ia dibuang..
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi..

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya..
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA..
Anggaplah dia manusia biasa, apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya..
Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya..

Jika kamu memiliki sepinggan nasi..
Yang pasti baik untuk dirimu, mengeyangkan dan berkhasiat..
Mengapa kamu berlengah mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan..
Kelak nasi itu akan basi dan kamu tidak lagi boleh memakannya..
Kamu akan menyesal..


Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..
Yang pasti membawa kebaikkan kepada dirimu, menyayanigimu, mengasihimu..
Mengapa kamu berlengah cuba membandingkannya dengan yang lain..
Terlalu mengejar kesempurnaan..
Kelak kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain..
Kamu juga akan menyesal..

Thursday, July 7, 2011

CINTA ! :)

Posted by rArA at 2:15 AM


yup ! ape itu CINTA ? aku tak pandai mencintai seseorang yang aku cintai . kerana CINTA itu terlalu dalam maknanya dan terlalu panjang perjalanan hidup ku untuk mengetahui maksud CINTA yang sebenar :( cinta kerana suke suke adalah cinta aku sebelum ini , tapi sejak aku mengenali mu MR.A , aku tidak berfikiran begitu lagi . sekarang aku cintakan seseorang itu kerana hati dan kasih sayang nye , tapi sekarang sudah menjadi lalang lalang yang bakal menyebarkan benihnya di tempat lain , mengapa mesti begitu MR.A ? aku sekarang bagaikan tiada lagi tempat untuk segala-galanya , mengapa ? dia telah membuadkan aku terlalu tergila cintakan dia , mengapa ? HAHA :) kadang-kadang aku tersenyum sendiri memikirkan hal ini , macam budak budak . cinta yang aku jalani dahulu berputik mekar bak kelopak mawar , tapi sekarang telah gugur layu akibat segala 'kemusnahan' yang melanda , dan boley aku katakan CINTA itu hidup ! Sayang , Benci , Cemburu , Gembira , Sedih , Tenang , Tertekan , Ketawa dan Menangis , semua itu kita lalui ketika kita sedang hangat bercinta kan ? aku akui sume itu MR.A ! tapi ramai orang berharap agar CINTA itu kekal selagi masih hidup dan tetap hidup walaupun CINTA itu telah mati :( seseorang yang tidak menghargai apabila dirinya dicintai , ibarat menolak emas di depan mata , tetapi .....


** saya cintakan hubby saya :) I LOVE U AZWAN .

Raraghazali