Thursday, September 30, 2010

Disaat :)

Posted by rArA at 6:29 AM

Disaat kamu ingin melepaskannya ,
Ingatlah pada saat kamu mendapatkan nya .

Disaat kamu mulai tidak mencintai nya ,
Ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta pada nya .

Disaat kamu mulai bosan dengan nya ,
Ingat lah selalu saat terindah kamu bersama dengan nya .

Disaat kamu ingin menduakan nya ,
Bayangkan jika dia selalu setia .

maka kamu akan merasai bererti dirinya untukmu :)

Jangan sampai disaat si dia tidak lagi disisi mu ,
Kamu baru menyedari betapa berertinya dirinya untukmu .



kadang kadang rara rase seperti ingin menangis je bile
memikirkan kejadian tempoh hari bersama si dia :(
tapi ape kan daya rara kan ?
rara hanya insan biase yang lemah dan tidak sempurna ,
seperti manusia manusia lain di luar sana .
Allah telah menulis sume suratan dan takdir kat dunia ini .
so , rara pasrah je dengan semua nie .
mungkin semua ini la yang mengajar rara erti kehidupan sebenar :)
thanx you for God !
kalau tak rara memang tak kan tahuu salah rara dimana ?
selepas ini rara akan cube belajar untuk menjaga ati dan perasaan seseorang (:
yeahhh !
rara , u can do it !
u must be strong girl okay ?
hee ~


Raraghazali

Wednesday, September 29, 2010

sila bantu saya :)

Posted by rArA at 8:22 AM



camne rara nak buad nie ?
sape sape ade idea sile angkat kaki :)
hee ~
sampai ade yang inbox kat rara cakap yang rara nie SOMBONG :(
ye ke ?
kawan kawan , rara tak sombong kan kan ?
rara layan kawan kawan rara same rate je okay :)
cume buad mase sekarang nie ,
mase tak mengizinkan rara untuk mengapprove u all's babe :)
sebelum terlambat ,
rara nak menyusun jari kaki nie nak mohon seribu sepuluh satu kemaafan eh .
rara harap kalian sume bersabar untuk menjadi kawan baru rara tau (:
HAHAHA .
pelik pelik je rara nie kan ?



Raraghazali


Saturday, September 18, 2010

HURT :(

Posted by rArA at 2:56 AM


Have you ever been in love ? Horrible isn't it ? It makes you so vulnerable . It opens your chest and it opens up your heart and it means that someone can get inside you and mess you up . You build up all these defenses , you build up a whole suit of armor, so that nothing can hurt you , then one stupid person , no different from any other stupid person, wanders into your stupid life . You give them a piece of you . They didn't ask for it . They did something dumb one day , like kiss you or smile at you , and then your life isn't your own anymore . Love takes hostages . It gets inside you. It eats you out and leaves you crying in the darkness , so simple a phrase like 'maybe we should be just friends' turns into a glass splinter working its way into your heart . It hurts . Not just in the imagination . Not just in the mind . It's a soul hurt , a real gets inside you and rips you apart pain. I hate love , but i fall in love .








Wednesday, September 8, 2010

LakiLaki sila baca INI !

Posted by rArA at 7:47 AM

Sekiranya awak seorang lelaki , awak harus mengetahui ini adalah rahsia di sebalik seorang perempuan . Ini khas buat awak yang susah nak memahami seorang perempuan :)




1.
Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih , tetapi dia tidak menitiskan airmata , itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya .



2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya , lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.



3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang ( sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan )



4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki , lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.



5.
Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya , dia akan cair seperti coklat ! auww auww auww :)


6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tahuu macam mana nak menerima pujian.



7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati , tolak cintanya dengan lembut , jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan , dia akan lakukan apa saja.



8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya , biarkan dia untuk seketika . Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan , cubalah tegur dia perlahan-lahan.



9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa . Muzik , puisi , lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.



10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.



11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.



12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif ,misalnya menghubunginya melalui telefon , si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat , tetapi sebaik saja ganggang diletakkan , dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit , semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.



13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita . Jadi jangan senyum sebarangan.



14. Jika kamu menyukai sorang wanita , cubalah mulakan dengan persahabatan . Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.



15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar , tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.



16.
Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu , teruskan usahamu untuk memikatnya.



17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya . Tanya dia sendiri !



18.
Selepas sorang gadis jatuh cinta , dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.



19.
Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis , cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.



20. Bila setiap kali gambar kelas keluar , benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya , kemudian barulah dirinya sendiri.



21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya !



22. Satu ucapan 'Hye' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.



23.
Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.



24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.



25. Cinta bermaksud kesetiaan , ambil berat , jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.



26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hatinya .



27. Senjata wanita adalah airmata !



28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya ( hadiah , bunga atau sekadar kad ucapan romantis ). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati .Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.



29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya . So , kalau nak memikat wanita pandai-pandailah ye :)



30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.



Raraghazali