
Di saat si dia mungkin kini berbahagia di samping insan tersayang , aku masih lagi mengutip sisa-sisa kenangan yang semakin hari semakin menjerat jiwa . Aku terdesak , terdesak utk terus berjalan dan tidak lagi menoleh ke belakang . Aku terdesak , terdesak untuk segera melupakan semua pahit getir yang pernah aku alami . Terlampau pahit bak hempedu untuk ditelan . Sekiranya aku mengetahui dari awal kisah cinta ini hanyalah sementara , takkan ku sesekali memberikan seluruh jiwa ragaku kepada insan bernama lelaki . Takkan ku sesekali membazirkan waktu dengan angan angan indah yg disulam olehnya . Apa guna bercinta jika akhirnya mengundang derita ? Apa gunanya bercinta sekiranya tangisan mengiringi duka ? Aku bukanlah ingin berfalsafah . aku cuma ingin meluahkan apa yang terpendam . Sakitnya tak tertahan dan hanya aku yangg mampu mengerti.
Cinta itu menyakitkan . Bahagia hanya sebentar . Pada penghujungnya , duka mengatasi segalanya . Yup ! Aku terlampau muda untuk mendefinisikan apa itu cinta . Tapi hakikatnya , aku lebih dewasa . Dewasa kerana pengalaman banyak mengajarku erti hidup . Mungkin aku matang dari sudut itu tapi masih kekurangan dari sudut perwatakan dan lain lain . aku lemah. aku tidak matang , sama seperti apa yg pernah dia katakan padaku suatu ketika dulu . tetapi aku sedar , hatiku tidak layak untuk dilukai oleh insan yang tidak lagi menghargai . kata katanya mungkin menjentik jiwa perempuanku ini tapi sama sekali bukan menjadi penyebab utama untukku menjadi lebih lemah .
Aku pernah merasai apa itu bahagia berkongsi rasa bersama-sama insan yg pernah kuanggap kekasih hati . aku pernah memberitahunya supaya sentiasa bersedia dengan apa apa yang bakal berlaku suatu hari nanti . hampir setiap malam aku menadah tangan memohon kepada Allah agar Dia memanjangkan jodohku dengannya . Dan meminta sekiranya dia bukanlah untukku , redhakanlah setiap apa apa yang berlaku kerana ternyata Dia lebih mengetahui . aku pernah berfikir bahawa aku kuat untuk menghadapi realiti hidup yang memag sudah ku jangkakan dari dulu . tapi , itu semua hanyalah tanggapan semata mata. aku lelah ditinggalkan berseorangan .
semangatku hilang , impianku punah , jiwaku hancur , luka kembali berdarah . apa lagi yang perlu aku katakan
aku terluka . itu yg pasti !
Aku tidak pernah menyesal berkongsi suka duka dengannya . kerana dia pernah memberikanku sinar kebahagiaan walau pun seketika cuma . hatiku kini rela melepaskan dia pergi . pergilah abang , aku tahuu engkau bahagia disana .
cinta di hati kini tiada lagi . biarlah ia terkubur bersama-sama serpihan hatiku . yang tinggal hanya sisa sisa kasih sayang dan kenangan aku dan dia sahaja . biarlah waktu yang menentukan semuanya . Allah telah menyusun cantik hidup hambaNya , dan Dia takkan sesekali memberikan ujian yang tidak tertanggung kepada kita , hamba yang lemah . aku yakin aku masih lagi boleh bernafas tanpa kehadiran lelaki dalam hidupku . aku perlukan ketenangan . itu sahaja yg kupinta.. aku punya mimpi dan cita cita yang perlu kukejar . demi mereka yang lebih menyayangi dan mengasihiku , ibu , keluargaku , akak dan sahabat sahabat seperjuangan yang sentiasa memberi dorongan . mereka akan sentiasa ada bersama-samaku :)
P/s : Aku harap kau bahagia bersama orang yang kau sayang MR.A :(
Raraghazali